Khamis, 28 Mei 2015

PENGENALAN KURSUS BMS 3022

Kursus Karya Agung Melayu merupakan salah satu kursus major untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda (ISMP) Bahasa Melayu. Kursus ini membincangkan karya agung yang menjadi pembentuk tradisi, tamadun dan pandangan semesta bangsa Melayu. Sepanjang kursus ini pelajar didedahkan tentang genre, gagasan, seni penulisan, nilai ilmu, dan falsafah karya agung Melayu. 

Menerusi kursus ini juga, kami telah mendapat bimbingan dan pengajaran langsung berkaitan Karya Agung Melayu oleh pensyarah daripada Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI iaitu Dr. Seri Lanang Jaya Hj. Rohani. Sekalung penghargaan buat beliau atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan.

Salah satu tugasan bagi kursus ini ialah pembinaan blog yang memerlukan pelajar menghasilkan satu blog secara berkumpulan. Blog yang dibina mestilah mengandungi item-item kursus Karya Agung (BMS 3022) dan hasil tugasan yang telah disediakan. Oleh itu, kami telah membina blog ini untuk memuatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan karya agung sejajar dengan kehendak tugasan. 

Buat pengunjung blog ini, kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi melawati blog ini. Kami berharap, maklumat yang akan dicoretkan dan dikongsikan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca umumnya dan pelajar Kursus Karya Agung Melayu, BMS 3022 khususnya. Kami memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan pada blog ini. Segala komen penambahbaikan amat dialu-alukan.


GURINDAM 12 RAJA ALI HAJI

https://www.youtube.com/watch?v=-KvUgS0FkwE

HANG TUAH

https://www.youtube.com/watch?v=jwMIDC_VlT4

RICE PEOPLE (ADAPTASI NOVEL RANJAU SEPANJANG JALAN)

https://www.youtube.com/watch?v=CQ8bkEKD1xM

PELITA KARYA AGUNG